PBE ( Production Based Education ) adalah satu kaedah pembelajaran berasaskan produk di mana pelajar teknikal IKM Lumut akan menghasilkan produk sebenar berdasarkan sukatan pelajaran. Koperasi Ikatan Kerjasama Manjung Bhd bertindak selaku egen pemasaran bagi produk-produk yang dihasilkan. IKM Lumut menjadi IKM perintis dalam melaksanakan program ini. Berbagai produk latihan boleh diperolehi, Ia menawarkan produk siap dan tempahan dari berbagai-bagai kursus yang terdapat di IKM di antaranya :-
Kursus Teknologi Upholsteri & Hiasan dalaman
Menghasilkan produk siap dan tempahan seperti Sofa, Bantal, Langsir dan lain-lain produk berkaitan upholsteri
Kursus Teknologi Mekanikal Pembuatan
Menghasilkan produk siap dan tempahan seperti Cokmar, Cenderahati dan pelbagai produk pemesinan
Kursus Teknologi Rekabentuk dan Pengeluaran Perabut
Menghasilkan produk siap dan tempahan seperti Rostrum, Kerusi taman, Katil, Kabinet dapur dan lain-lain
Kursus Teknologi Kimpalan
Menghasilkan produk siap dan tempahan seperti Troli Tray Makanan Stainless Steel, Pintu Pagar, Jeriji besi, Meja dan lain-lain
Kursus Teknologi Foundri
Menghasilkan produk siap dan tempahan seperti pembuat corak tuangan logam dan yang berkaitan dengan Foundri.
Menjadi wawasan kami agar perlaksanaan PBE ini akan membawa manfaat kepada pelajar serta warga IKM Lumut khususnya sejajar dalam menjana pembangunan Negara.
* Semua harga produk yang tertera tertakluk kepada harga bahan
semasa dan tidak termasuk penghantaran kecuali
di sekitar Sri Manjung *
Tempahan sila hubungi :
Pengurus Koperasi IKML En. Hafiz Suhaimi Bin Abdul Kadir
( 056886392 )
atau
En. Bahrin Bin Buang
(0195431071)
atau
email : pbeikml@yahoo.com
No comments:
Post a Comment